Thursday, 15 February 2018

Masalah boot dari USB pada Komputer atau Laptop baru yang jarang kita tahu


Masalah boot dari USB pada Komputer atau Laptop baru yang jarang kita tahu


Setiap komputer peribadi mempunyai caranya yang tersendiri untuk boot selain dari terus ke sistem operasinya yang telah siap dipasangkan. Penggunaan media boot boleh tanggal membolehkan anda melakukan baik pulih instalasi Windows apabila Windows gagal untuk dimulakan.
Ia juga mampu menyediakan persekitaran ‘bersih’ untuk kerja-kerja mengimbas dan membuang malware selain dari memberikan anda pilihan untuk mencuba sistem operasi lain seperti Linux pada komputer anda.

Tidak lama dahulu, hampir kesemua PC mempunyai pemacu optikal (optical drive). Justeru, melakukan booting dari CD dan DVD adalah perkara yang mudah. Namun, hari ini pemacu optikal semakin jarang didapati pada model-model komputer desktop dan laptop terkini dan satu-satunya media untuk booting yang tinggal hanyalah media USB. Ini boleh menimbulkan masalah lain pula terhadap sesetengah pengguna
Komputer peribadi hari ini hadir dengan pelbagai jenis perlindungan. Walaupun ianya bagus, adakalanya ia mendatangkan masalah buat pengguna. Di dalam skrin setup BIOS, anda tentu pernah menjumpai pilihan Secure Boot. Jika anda pernah gagal untuk booting dari USB sebelum ini, cuba matikan fungsi Secure Boot ini. Bagaimanapun, cara untuk mematikannya adalah berbeza bergantung dengan model papan induk yang digunakan. (Lain hari, saya akan cerita tentang panduan booting dari USB pada PC yang ada Secure Boot)
Satu lagi masalah untuk booting pada komputer-komputer baru adalah penggunaan UEFI. Kebanyakan papan induk hari ini sudah menggunakan UEFI, menggantikan BIOS. Tambahan pula, ada sesetengah sistem operasi yang memaksa penggunaan UEFI dan tidak akan booting jika papan induknya menggunakan BIOS melainkan papan induk berkenaan dilengkapi fungsi legacy boot. Tapi, bukan semua komputer dilengkapi dengan fungsi ini.
Akhir sekali, masalah yang sering berlaku untuk booting pada komputer-komputer hari ini adalah PC pengguna terus boot ke storan dalaman tanpa memaparkan pilihan untuk booting ke media luaran (bootable external media) terlebih dahulu. Untuk itu, pada kebiasaannya anda perlu melakukan tetapan pada UEFI anda.
Misalnya, sebagai contoh untuk laptop Lenovo X220, sebaik sahaja laptop dihidupkan anda perlu terus menekan butang F12 berulang kali pada papan kekunci sehingga menu untuk pilihan booting muncul. Tapi, sebelum itu anda perlu masuk ke setup UEFI terlebih dahulu dengan menekan butang F1 sebaik sahaja laptop dihidupkan. Pastikan pada pilihan UEFI/Legacy Boot ditetapkan kepada Both (Kedua-duanya). Manakala pada UEFI/Legacy Boot Priority pula, ditetapkan pada Legacy First.
Lain komputer, lain tetapan UEFI nya. Untuk itu, adalah dinasihatkan supaya anda merujuk terlebih dahulu pada panduan yang disediakan oleh pengeluar papan induk, komputer desktop atau laptop berkenaan untuk melakukan booting dari media USB

No comments:

Post a Comment

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit