Thursday, 15 February 2018

Kepenggunaan

                     Kepenggunaan



1.Apakah Cara Bagi Meningkatkan Kesedaran Kepenggunaan?

Bagi meningkatkan kesedaran kepenggunaan, setiap pengguna mestilah sentiasa:


Sedar tindakannya terhadap diri, orang lain dan masyarakat
Mengubah tanggapan negatif kepada positif
Memastikan kelakuan pembelian menyumbang ke arah keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan model ekonomi dan sosial yang berpusat dan mampan
Bekerjasama dan menyumbang dalam pergerakan pengguna
Peka dan prihatin tentang isu-isu kepenggunaan yang wujud
Melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan
Tahu hak dan tanggungjawab pengguna
2.Apakah Hak-Hak Pengguna?

Hak untuk mendapat keperluan asas
Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk mendapat ganti rugi
Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Hak untuk menyuarakan pendapat
Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
3.Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seorang Pengguna Semasa membeli Sesuatu Barang?

Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model atau stok, tanda perniagaan dan negara asal.
Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang
Nama sebutan sebenar barangan yang dijual
Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik.
Penerangan kandungan umum termasuk maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya dan batasannya
Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan
Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang menunjukkan memenuhi standard SIRIM dan sebagainya.
Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu misalnya kayak-kanak.
4.Bagaimana Menjadi Pengguna Yang Bijak?

Terdapat empat teras untuk menjadi pengguna bijak:

Membeli barangan berkualiti,
Membuat perbandingan harga,
Memilih perkhidmatan terbaik,
Membuat pilihan yang tepat.

No comments:

Post a Comment

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit