Tuesday, 17 April 2018
Penumpang Uber, apa akan jadi kalau anda lewat berada di lokasi pengambilan lebih dari 3 minit?
KUALA LUMPUR:
MUNGKINKAH sudah sinonim di Malaysia apabila berjanji sukar untuk tepati waktu?
Itulah yang sering dialami oleh pemandu Uber di Malaysia apabila menanti penumpangnya.
Bagi menjamin kelancaran perjalanan, Uber di Pulau Pinang telah perkenalkan ‘Caj Menunggu’ kepada pengguna Uber yang lewat tiba lebih dari tiga minit di lokasi pengambilan.
Caj ini telah bermula sejak 30 Januari lalu.
Harga caj yang dikenakan bergantung kepada jenis perkhidmatan Uber yang diminta.
Bagi jenis UberX dan UberMandarin, caj akan dikenakan bagi setiap satu minit sebanyak RM0.23 manakala jenis UberXL, caj akan dikenakan sebanyak RM0.40 bagi setiap satu minit.
Bagaimana pun, caj tersebut hanya dikira selepas tiga minit pemandu Uber tiba di lokasi.
Sehubungan itu, pengguna Uber dinasihatkan supaya meminta perkhidmatan Uber itu sekiranya sudah bersedia untuk berangkat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit
35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit
-
Panduan Pengguna Supaya Tidak Ditipu Oleh Penjual. Pengguna sendiri harus memainkan peranan masing-masing b...
-
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan yang melapork...
No comments:
Post a Comment