Monday, 16 April 2018
Isu Kepenggunaan
Operasi bertujuan memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan supaya pembeli tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Lima peniaga durian di negeri ini dikenakan kompaun oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang kerana mengguna dan memiliki alat penimbang yang tidak diperakui atau disahkan serta tidak meletakkan tanda harga.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.
"Kesemua peniaga berkenaan dikenakan tindakan dalam pemeriksaan yang dilaksanakan sejak 1 Januari lalu sehingga semalam.
"Empat daripada kes berkenaan disiasat di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan satu kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011," katanya pada sidang media selepas mengadakan 'walkabout' sempena Ops Serambi Teruntum di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Alwi Abdul Hamid.
Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu juga, kesemua peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM200 setiap seorang.
"Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memfokuskan pemeriksaan terhadap peniaga buah, terutama durian yang bersifat sementara dan bermusim.
"Selain itu, operasi ini dapat memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan, dan supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan.
"Kita akan laksanakan pemeriksaan ini secara berterusan terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit
35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit
-
Panduan Pengguna Supaya Tidak Ditipu Oleh Penjual. Pengguna sendiri harus memainkan peranan masing-masing b...
-
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan yang melapork...
No comments:
Post a Comment