Tuesday 17 April 2018

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

Komputer reboot sendiri

Komputer reboot sendiri

Masalah komputer berulang kali reboot sendiri. Kes ini selalunya disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.

Cara Mencegah dan Menghindari Virus pada Komputer Laptop



Berikut cara mencegah dan menghindari virus masuk pada komputer atau laptop:

Gunakan antivirus yang kompatibel dan bonafit, selalu update antivirus tersebut.
Jika komputer atau laptop sering digunakan browsing internet maka gunakan antivirus yang memiliki fitur Internet Security.
Aktifkan Firewall pada Windows yang anda gunakan.
Selalu perbarui Security Update pada Windows Security
Jangan dibiasakan menyimpan data pada drive C terlalu lama.
Kenali semua data yang anda simpan pada laptop, dan segera buang/hapus apabila ada data yang tidak anda kenal.
Hapus file registry yang sudah tidak di perlukan secara teratur.
Apa bila akan memindahkan data dari device/perangkat lain, usahakan tidak membukanya dulu ketika masih terkoneksi, jadi langsung di send / copy kemudian lepaskan device / perangkat.
Gunakan alat pembersihan seperti Ccleaner, TuneUp Utility, dsb.

Serangan siber meningkat 69 peratus seluruh dunia


KUALA LUMPUR: Kes serangan siber meningkat dengan mendadak di seluruh dunia sejak beberapa bulan lalu, menurut laporan terbaharu dikeluarkan syarikat penyedia teknologi Akamai Technologies.

Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad


KUALA LUMPUR: Malaysia berada pada kedudukan ke-25 dunia dalam penyebaran perisian hasad, iaitu perisian bertujuan merosakkan atau melumpuhkan komputer dan sistem komputer pengguna web, menurut laporan terkini Kaspersky Lab.

Pengarah keselamatan perisian antarabangsa kumpulan APAC Global Research and Analysis Team, Vitaly Kamluk berkata daripada 283,799 laman web diserang perisian berniat jahat yang dikesan di seluruh dunia antara Jun dan Ogos tahun ini, 0.21 peratus adalah dari Malaysia. 

Acer Boyong PC Super Tipis dan Berbingkai Emas, Harganya?

                                                                 Penampilan yang sesuai dengan selera gaya hidup modern pengguna tetap didampingi oleh spesifikasi yang mumpuni.

SEPERTI INI CARA INSTAL PRINTER CANON IP2770 TANPA CD

                                                                                    cara instal printer canon ip2770

Kemudian setelah itu, klik “Run” untuk mulai menginstall driver

instal printer canon ip2770

Tunggu driver melakukan preparasi bebrapa detik dan akan muncul menu installasi selanjutnya, kemudian klik “Next”

instal printer canon ip2770

Kemudian akan muncul pilihan opsi Regional, karena kita sekarang berada di Indonesia, maka pilih saja “Asia” dan kemudian klik “Next”


Fungsi dan Cara Masuk Safe Mode Windows 7

                                                                                   Kali ini saya akan memberikan tutorial untuk masuk ke windows dalam mode safe/safe mode. Safe mode sendiri sangat berguna untuk memperbaiki trouble pada komputer anda (Baca: Cara memperbaiki motherboard rusak). Contohnya dulu saya pernah mengupdate software anti virus, ternyata setelah itu komputer tidak bisa masuk ke windows. Nah, untuk mengatasinya, saya masuk safe mode kemudian melakukan uninstall software antivirus tersebut. Dan berhasil, komputer bisa berjalan normal kembali. Berikut adalah step membuka safe mode


Berita harga gas petroleum cecair (LPG) naik tidak benar


PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan laporan beberapa media tempatan yang melaporkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7.00 setong mulai tahun depan.

Laporan yang menjadi viral dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna. KPDNKK memberi jaminan bahawa harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini.

Mana-mana pihak disaran untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan.

Pantau harga barang 2 bulan


Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) diminta memantau harga barang dan perkhidmatan dalam tempoh dua bulan bagi melihat perubahan harga sama ada meningkat atau stabil memandangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memberi kesan sementara ke atas harga di pasaran.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen, semalam memastikan usaha terus diambil untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan tindakan bersepadu bagi menangani isu itu.“Mesyuarat hari ini (semalam) turut membincangkan bagaimana kerajaan dapat meningkatkan kuasa membeli pengguna, terutama golongan pertengahan dan bawah umur 40 tahun.

“Selain mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan peraturan berkaitan kawalan harga, kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) akan meningkatkan penyediaan rumah mampu milik, meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan, memperkenalkan sistem jaringan keselamatan sosial yang bersepadu dan komprehensif serta meningkatkan program peningkatan pendapatan, pengurusan kewangan dan hutang,” kata kenyataan yang dikeluarkan KPDNKK di sini, semalam.

Beliau berkata, KPDNKK akan mengkaji dengan terperinci tahap persaingan dalam perdagangan di Malaysia untuk menggalakkan persaingan sihat supaya memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.

“Sejak 1 April lalu, pelbagai isu menjadi topik hangat khususnya perubahan terhadap harga barang atau perkhidmatan menimbulkan kerisauan rakyat serta menjadi viral di media massa dan media sosial.

“Hal ini berlaku, pertama disebabkan perubahan harga barang dan perkhidmatan sejajar dengan perubahan kadar cukai dari Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada GST.

“Kedua, disebabkan tindakan sesetengah peniaga memasukkan kadar cukai GST ke dalam struktur harga sedia ada serta mencatut atau mengambil keuntungan tinggi tidak munasabah oleh peniaga,” katanya.

Katanya, faktor lain turut dikenal pasti mempengaruhi ketidakstabilan harga barangan, antaranya upah buruh dan penggajian, permintaan serta penawaran, selain kadar pertukaran mata wang yang memberikan kesan kepada urusan jual beli barangan import.

CAP dakwa harga ikan, sayuran meningkat sehingga 300 peratus


                                                                                   GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil langkah segera menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang didakwanya meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu.

Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata dilaporkan pada 15 Nov lepas, kenaikan harga dan kekurangan makanan tersebut adalah berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurutnya harga kacang bendi meningkat 100 peratus daripada RM6 sekilogram kepada RM12; kacang panjang meningkat 65 peratus daripada RM3.60 kepada RM6; sayur sawi daripada RM3.50 kepada RM6; kacang (RM3.50 kepada RM6); terung (RM1.80 kepada RM4.50); tomato (RM3.50 kepada RM5); daun bawang (RM3 kepada RM12) dan daun sup (RM3 kepada RM11).

"Memandangkan berlakunya kekurangan sewaktu musim hujan, Malaysia perlu menghentikan eksport ikan dan sayuran ke negara lain dan ia perlu terus diharamkan untuk memenuhi permintaan tempatan sehingga musim hujan berakhir," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Idris menggesa Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK menyiasat peningkatan harga itu yang teruk menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

-- BERNAMA

Penumpang Uber, apa akan jadi kalau anda lewat berada di lokasi pengambilan lebih dari 3 minit?

               
                                  KUALA LUMPUR:
MUNGKINKAH sudah sinonim di Malaysia apabila berjanji sukar untuk tepati waktu?

Itulah yang sering dialami oleh pemandu Uber di Malaysia apabila menanti penumpangnya.

Bagi menjamin kelancaran perjalanan, Uber di Pulau Pinang telah perkenalkan ‘Caj Menunggu’ kepada pengguna Uber yang lewat tiba lebih dari tiga minit di lokasi pengambilan.

Caj ini telah bermula sejak 30 Januari lalu.

Harga caj yang dikenakan bergantung kepada jenis perkhidmatan Uber yang diminta.

Bagi  jenis UberX dan UberMandarin, caj akan dikenakan bagi setiap satu minit sebanyak RM0.23 manakala jenis UberXL, caj akan dikenakan sebanyak RM0.40 bagi setiap satu minit.

Bagaimana pun, caj tersebut hanya dikira selepas tiga minit pemandu Uber tiba di lokasi.

Sehubungan itu, pengguna Uber dinasihatkan supaya meminta perkhidmatan Uber itu sekiranya sudah bersedia untuk berangkat.

Monday 16 April 2018

Membuat Pemasangan Kabel UTP CAT 5E Pada Wall Plate



 Pada 15/3/2018 kami satu kelas menjalankan kerja amali Network Strukture Cabling bersama Pn.Anaruzi. Semasa amali dijalankan kami belajar cara pemasangan dengan betul dan mengunakan alatan dengan selamat


Alatan yang digunakan:-
-Cutter
-Kabel Taster
-Punch Down
-Crimping Tool
-RJ45
-UTP Kabel CAT 5E
-Faca plate
-Modular Jack.

Taklimat Daripada Syarikat Fulkrum Interactive SDN.BHD



                                
  Pada tarikh 12/02/2018 ILP Perai telah mengadakan satu taklimat khas daripada syarikat Fulkrum Interactive Media Sdn.Bhd .Syarikat tersebut bertempat di Bertam,Kepala Batas di mana mempunyai kepakaran dalam membina laman sesawang ,aplikasi mudah alih dan perisian komputer.Di atas dasar "Corporate Social Responsibility"(CSR) ,syarikat mereka dipanggil untuk memikul tanggungjawab untuk menyebarkan ilmu teknologi dan pengetahuan kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda iaitu pelajar siswa/siswi.

Peletakan Dan Pelantikan Jawatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar


 

 Assalamualaikum semua, sekali lagi kita bertemu di ruangan blog saya ini.
Pada Tarikh 5/2/2018, ILP Perai telah mengadakan peletakan jawatan dan perlantikkan  jawatan baru sebagai Presiden Majlis  Perwakilan Pelajar (MPP) di dewan ILP Perai . Majlis ini turut dihadiri oleh semua pelajar, pengajar dan staf ILP Perai .

SERVICE MAINTENANCE PERALATAN MAKMAL PERKAKASAN.

                                 

1. Mengenalpasti kedudukan Pc dan monitor di kedudukan yang ditetapkan.
2. On kan Pc dan monitor untuk menguji keadaannya.
3. Saya telah melakukan ujian "POST" terhadap Pc saya untuk menguji Pc berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.
4. Pc dalam keadaan yang baik dan isikan borang kuning tentang modal dan nama peralatan dalam pc masing masing.

On Job Training - Firstday Kembali Ke ILP




* Menyusun kedudukan PC
* Kelengkapan perkakasan komputer mencukupi dan tiada yang hilang
* PC dapat dihidupkan hingga ke window
* Tarikh dan masa pada sistem betul dan tepat
* Tiada masalah pada PC
* Driver sudah di instal
* Mouse,keyboard,monitor,cpu berfungsi dengan baik

Syarikat Fulkrum Mengajar Cara Membuat Web

                                      
                                   
 



Semasa bersama Syarikat Fulcrum kami sem2 belajar serba sedikit mengenai web design,coding HTML dan cara pembuatan atau peembangunan web tersebut.Pada mulanya kami berasa sedikit takot untuk membuat dan terasa pening melihat nombor yang banyak dan terdapat code-code yang pelik.Tapi dengan didikan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh syarikat fulkrum kami mula dapat membuat.Dan akhir sekali kesemua kami dapat membuatnya

Kerajaan tidak keluarkan notis kenaikan harga minyak kepada peniaga

                                  
Hamzah menafikan dakwaan yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan kerajaan pernah mengeluarkan notis pemberitahuan mengenai kenaikan harga minyak masak kepada peniaga sebelum kenaikan harga baharu dilaksanakan.

Hamzah hari ini membuat penjelasan bagi memperbetulkan persepsi masyarakat yang mengatakan antara punca peniaga menyorok stok minyak masak, adalah disebabkan notis awal kenaikan harga yang dikeluarkan kerajaan.

"Saya nak perbetulkan tentang isu minyak masak, kerajaan bagi notis seolah-olah kerajaan akan naikkan harga, itu tidak betul. Kerajaan tidak pernah keluarkan notis pemberitahuan tersebut," katanya pada persidangan Dewan Negara di sini.

Beliau menjawab soalan tambahan Khairiah Mohamed yang ingin tahu mengenai aduan pembeli terhadap peniaga yang menyorok barang minyak masak sebelum kenaikan harga diumumkan kerajaan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakyat digalakkan mendaftar sebagai sukarelawan 'Friends of KPDNKK' (FOK) bagi mendapat manfaat dari segi kepenggunaan.

Terdahulu, ketika menjawab soalan asal Tan Sri S. Nallakaruppan mengenai kejayaan program FOK dalam menangani kenaikan harga barang, katanya setakat ini, kementerian telah menerima seramai 400,000 penyertaan bagi program itu.

Menerusi penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS), harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov lepas. -- Bernama

Menjual barang kepada pengguna untuk harga yang mahal

                                         
NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyenaraikan 13 jenis barangan menerusi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Tahun Baharu Cina yang disambut pada 16 dan 17 Feb ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata skim kawalan harga itu berkuat kuasa 12 hari mulai 10 hingga 21 Feb iaitu enam hari sebelum, satu hari semasa dan lima hari selepas sambutan itu diadakan selain pada hari perayaan.

Barangan yang disenaraikan dalam skim tersebut termasuklah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi.

"Peniaga diwajibkan menjual 13 barangan itu pada harga lebih rendah atau tidak melebihi harga maksimum dan meletakkan tanda harga khas merah jambu bagi membezakannya dengan barangan lain," katanya pada sidang media mengumumkan senarai barangan itu di sini, .

Penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu depan


Pada Disember lepas, Hamzah berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan membawa usul penubuhan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara ke kabinet minggu depan.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ketika ini pihaknya sedang menyenarai pendek pakar yang akan terlibat dalam majlis tersebut bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat dapat dilaksanakan untuk jangka panjang.

"Ada lima kluster (yang akan diwujudkan) dan kita akan panggil pakar dalam setiap kluster tersebut. Bila ada kluster kita perlukan orang yang betul-betul memahaminya (supaya) apabila kita umum (dasar) kita nak pastikan tidak ada 'flip-flop'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen 'Magic of Ong 2018' Tesco, di sini hari ini.

Lima kluster berkenaan ialah perumahan, pengangkutan, utiliti, makanan dan minuman.

Pada Disember lepas, Hamzah dilaporkan berkata kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi membantu rakyat mendepani kenaikan kos sara hidup.

Usul itu diutarakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 yang berlangsung pada awal Disember lalu.

Sementara itu, Hamzah berkata aplikasi 'Price Catcher' dijangka dilancarkan secara rasmi pada awal bulan depan.

Aplikasi itu yang diperkenalkan pada Oktober tahun lepas bertujuan memudahkan pengguna membuat perbandingan harga barang di pasar raya di seluruh negara.

-- BERNAMA

Isu Kepenggunaan


Operasi bertujuan memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan supaya pembeli tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Lima peniaga durian di negeri ini dikenakan kompaun oleh  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang kerana mengguna dan memiliki alat penimbang yang tidak diperakui atau disahkan serta tidak meletakkan tanda harga.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.

"Kesemua peniaga berkenaan dikenakan tindakan dalam pemeriksaan yang dilaksanakan sejak 1 Januari lalu sehingga semalam.

"Empat daripada kes berkenaan disiasat di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 dan satu kes mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011," katanya pada sidang media selepas mengadakan  'walkabout'  sempena Ops Serambi Teruntum di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Alwi Abdul Hamid.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu juga, kesemua peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM200 setiap seorang.

"Tujuan pemeriksaan ini diadakan adalah untuk memfokuskan pemeriksaan terhadap peniaga buah, terutama durian yang bersifat sementara dan bermusim.

"Selain itu, operasi ini dapat memaklumkan kepada masyarakat mengenai pentingnya ketepatan timbang dan sukat dalam perniagaan, dan supaya mereka tidak mudah terpedaya dengan peniaga yang ingin mengambil kesempatan.

"Kita akan laksanakan pemeriksaan ini secara berterusan terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pembeli hingga tamat musim durian," katanya.

AHKIR SEM 1 KAMI BUAT BERSIHKAN MAKMAL PERKAKASAN KAMI DAN SUSUNAN BARANG BARANG DI BELAKANG RAK




1. Buat preventive dan cooretive maintenance.

2.bersihkan semua habu pada pcu.

Mencuci dan memperkemaskan bengkel Aplikasi tersebut.



1. Pada hari Khamis tersebut Encik mengatakan kita memperkemaskan bengkel itu untuk kegunaan SEM 3 dan juga WORLD SKILL.

2. Masa itu juga kita mengeluarkan barang barang semua dalam bengkel itu dan juga mencuci lantai dan sebagainya.

3. Encik membahagikan 4 kumpulan dan 4 kumpulan itu juga melaksanakan tugasan tersebut. Kumpulan kami membuat tugasan seperti megluarkan debu debu daripada komputer tersebut.

4. Akhir sekali kita berjaya menyusun barang barang tersebut di tempat yang sedia ada dan juga menangkap gambar yang kita buat tersebut kita berjaya melaksanakan tugasan tersebut.

Encik Umar menyuruh meletak printer untuk check


1. Pada masa itu saya dan juga Thamin mengangat Printer untuk check dan juga meletakan rekod sebelum habis di stor tersebut.

2. Masa itu juga kita memberi tugasan untuk masuk bengkel- bengkel lain untuk mengenal pasti printer -printer untuk bagi pada Encik tersebut.

3. Thamin juga check pada printer tersebut untuk mengenalpati masalah pada printer itu tersebut ataupun boleh guna ataupun takboleh guna.

4. Akhir sekali, kita pun berjaya melaksanakan tugasan tersebut dengan berjaya dan juga Encik Umar pun check dan membahagi kepada kita tersebut.

Menghadiri Seminar Di Dewan Kulim



1. Kolej kita memilih 2 orang peserta untuk seminar mengambil pelajar sesi 2/18 di kolej ILP PERAI.

2. Pada masa itu juga kita mendengar ceramah dari kolej dan juga AIMST Universiti juga.

3. Kolej kita pun orang mengambil broser daripada kita untuk bagi kepada anak anak tersebut.

3. Akhir sekali kita tidak layak untuk mengambil pelajar kerana pada masa itu pelajar Spm mengambil result yang cemerlang.

Mendengar Ceramah Encik Fuad



1. Pada pukul 10.00 pagi Encik Fuad datang ke bilik perkakasan untuk mendengar ceramah.

2. Masa itu kita mendengar ceramah untuk mengingati kita balik software - software tersebut.

3. Encik Fuad juga mengatakan soalan kaitan dari software untuk kita menjawab soalan tersebut.

4.  Akhir sekali kita pun berjaya mendengar ceramah Encik Fuad tersebut dengan berjaya.

SEMINAR DI ADTEC TAIPING MENGAMBIL SIJIL DI DEWAN KULIAH UTAMA


1. Pada hari Rabu tersebut Encik Lisan memilih 3 orang pelajar untuk mendengar ceramah                    industri 4.0 di taiping tersebut.

2. Pada masa tersebut kita pun menaiki kerata Encik Lisan untuk menghadiri kursus tersebut.

3. Kita pun sampai sana pukul 9.00 tepat Dan kita daftar nama kita dan juga kita pun menghadiri        kursus itu tersebut.

4. Pada masa itu juga kita juga mendengar ceramahtersebut sampai pukul 12.00 tengah hari.

5. Akhir sekali, kita pun balik dari sana dan kita sampai kolej ILP PERAI pukul 2.00 tengah hari          dan kita mendapat kebenaran daripada Encik Lisan untuk balik rumah.

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit

35 peratus kemalangan berpunca dari telefon bimbit